• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

HENDERSON TUNTUT BENAM ARSENAL

Jordan Henderson menggesa Liverpool menunjukkan keazaman mereka untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris


Back To Sports Updates

LONDON: Jordan Henderson menggesa Liverpool menunjukkan keazaman mereka untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila berdepan Arsenal pada Perisai Komuniti esok.

Hanya lima minggu selepas kapten Liverpool, Henderson menjulang trofi Liga Perdana, skuad kendalian Jurgen Klopp memulakan musim baharu dengan aksi di Wembley itu.

Dengan kempen mempertahankan kejuaraan hanya akan bermula pada 12 September, The Reds mahu menunjukkan penguasaan mereka ke atas pesaing gelaran mereka.

"Kami berusaha keras. Musim baharu, permulaan baharu dan lebih banyak perkaa yang kami mahu teruskan dan capai.

"Saya teruja melihat apa yang kami mampu lakukan musim ini, satu lagi musim besar buat kami.

"Saya harap kami dapat meneruskan keyakinan musim lalu tetapi kami perlu kekal dahagakan kejayaan untuk mencapainya.

"Saya dapat lihat perkara itu sejak hari pertama latihan pra-musim," kata Henderson.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP