WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

BARCELONA PECAT SETIEN

Barcelona memecat jurulatih Quique Setien awal pagi tadi dengan Ronald Koeman menjadi pilihan utama menggantikannya


Back To Sports Updates

MADRID: Barcelona memecat Quique Setien selaku jurulatih umum kelab itu awal pagi tadi dengan Ronald Koeman menjadi antara pilihan menggantikannya.

"Jurulatih baharu akan diumumkan beberapa hari lagi sebagai penstrukturan besar pasukan utama," kata Barca menerusi Twitter.

Setien hanya dilantik Januari lalu tetapi terpaksa membayar harga yang tinggi selepas Barca menyerahkan gelaran La Liga kepada Real Madrid dan kemudian dimalukan Bayern Munich pada Liga Juara-Juara.

Pemecatan jurulatih itu diperincikan ketika mesyuarat tergempar di Camp Nou, yang berlangsung hampir enam jam.

Koeman juga muncul sebagai jurulatih pliihan untuk menggalas tanggungjawab itu.

Kelab itu juga mengumumkan pemilihan presiden tahun depan yang dijadualkan pada Jun akan dipercepatkan kepada 15 Mac.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP