WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

MESSI 'TAK SABAR' TINGGALKAN BARCELONA

Lionel Messi dikatakan akan berhijrah fdari Barcelona namun harga yang tinggal bakal menyukarkan proses berkenaan


Back To Sports Updates

BARCELONA: Lionel Messi dikatakan mahu segera meninggalkan Barcelona musim panas ini.

Dan bintang Argentina itu dilaporkan sudah memberitahu hasratnya kepada kelab berkenaan.

Messi berang selepas Barca dimalukan 8-2 dalam Liga Juara-Juara oleh Bayern Munich.

Dia dilaporkan mengancam untuk meninggalkan kelab itu jika tiada perubahan besar dilakukan di Nou Camp.

Namun dikatakan dia tidak mahu menantikan perubahan itu dan 'segera' berpindah menurut laporan Esporte Interativo.

Sumber dalaman yang rapat dengan pemain itu memberitahu: "Dia tidak pernah melihat Leo begitu tekad untuk meninggalkan kelab itu seperti sekarang."

Media dari Brazil itu sebelum ini secara tepat mendedahkan Neymar akan meninggalkan Barca untuk ke Paris Saint-Germain pada 2017.

Barcelona bagaimanapun menafikan dakwaan itu menurut akhbar Catalan, Sport.

Dan seorang pegawai tinggi kelab itu dilaporkan memberi amaran kepada pasukan yang berminat: "Dia ada kontrak sehingga Jun 2021, dengan klausa pelepasan bernilai £633 juta pound (RM3.471 bilion)."

Sumber: Berita Harian
Foto AFP