WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

PEGAWAI BARCA BERMESYUARAT SINGKIR SETIEN

Jurulatih Barcelona, Quique Setien berdepan pemecatan selepas kekalahan Barcelona dalam Liga Juara-Juara


Back To Sports Updates

MADRID: Pegawai tertinggi Barcelona akan mengadakan mesyuarat tergempar majlis hari ini selepas kekalahan memalukan 8-2 pada suku akhir Liga Juara-Juara kepada Bayern Munich, kata sumber kelab dengan jurulatih Quique Setien tampak akan dipecat.

"Presiden (Josep Maria Bartomeu) memanggil mesyuarat tergempar jawatankuasa eksekutif, yang akan diadakan pada permulaan minggu depan, mungkin Isnin," kata akhbar sukan Mundo Deportivo.

Sumber di kelab mengesahkan mesyuarat akan berlangsung pada Isnin tanpa menyatakan masa tetapi RAC1 mendakwa ia akan bermula jam 11 pagi waktu tempatan.

"Jawatankuasa pengurusan akan bermesyuarat esok (Isnin), (jurulatih Quique) Setien akan dipecat dan tarikh akan ditentukan untuk pemilihan presiden," kata akhbar harian Catalan, L'Esportiu.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP