WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

TWITTER MOHON MAAF KEPADA JONES

Phil Jones menerima permohonan maaf dari Twitter selepas akaun rasmi mereka di United Kingdom (UK) mengejek pemain antarabangsa England itu


Back To Sports Updates

Pertahanan Manchester United, Phil Jones menerima permohonan maaf dari Twitter selepas akaun rasmi mereka di United Kingdom (UK) mengejek pemain antarabangsa England itu.

Akaun @TwitterUK dilihat mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan kepada Jones semalam dengan menaikkan status "Namakan pemain bola sepak yang lebih hebat dari Phil Jones".

Insiden berkenaan berlaku selepas rangkaian media sosial itu memberitahu bahawa mereka menjadi 'sasaran penyalahgunaan dalam talian yang sukar untuk ditangani' membabitkan bahagian pusat aduan mengenai menangani dan melaporkan penyalahgunaan Twitter.

United difahamkan sudah membuat aduan kepada Twitter mengenai status berkenaan yang sudah dipadam, tatkala rangkaian media sosial itu meminta maaf kepada kedua-dua pihak kelab dan Jones.

Jones melalui musim yang sangat sukar dan terlepas peluang untuk beraksi dengan skuad United bagi kempen Liga Europe selepas berdepan kecederaan buku lali.

Kali terakhir dia beraksi dengan pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer pada Januari lalu di pusingan keempat Piala FA ketika dia berjaya meledak gol keempat membelasah Tranmere 6-0.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP