• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

PEMAIN BARCELONA POSITIF COVID-19

Barcelona mengesahkan pemainnya positif COVID-19 tetapi bukan daripada skuad utama


Back To Sports Updates

MADRID: Barcelona mengesahkan seorang pemainnya positif COVID-19 namun dia tidak mempunyai kontak rapat dengan skuad yang akan menentang Bayern Munich pada saingan suku akhir Liga Juara-Juara.

"Susulan ujian PCR yang dijalankan pada petang Selasa membabitkan sekumpulan sembilan pemain berikutan persediaan bagi memulakan pramusim, seorang daripadanya didapati positif COVID-19," menurut kenyataan dikeluarkan Barcelona hari ini.

"Pemain terbabit tidak mempunyai sebarang kontak rapat dengan mana-mana pemain daripada pasukan utama yang dijadualkan melakukan perjalanan ke Lisbon, esok bagi saingan Liga Juara-Juara."

Menurut kelab itu lagi, pemain yang tidak dinamakan itu tidak mempunyai sebarang simptom, berada dalam kesihatan yang baik dan menjalani kuarantin di rumahnya.

Barca yang tewas kepada Real Madrid dalam kejuaraan La Liga, akan berdepan Bayern dalam saingan lapan terakhir yang dilangsungkan tertutup di ibu kota Portugal, Lisbon Sabtu ini.

Sumber: Berita Harian