WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

WILLIAN UCAP SELAMAT TINGGAL

Willian berkata dia akan meninggalkan Chelsea dengan "rasa bangga" selepas tujuh tahun bersama kelab Liga Perdana


Back To Sports Updates

LONDON: Willian berkata dia akan meninggalkan Chelsea dengan "rasa bangga" selepas tujuh tahun bersama kelab Liga Perdana itu, menerusi surat terbuka buat penyokong awal pagi tadi.

Pemain sayap Brazil berusia 32 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal selepas dia gagal mencapai persetujuan kontrak baharu dengan Blues.

Willian menolak tawaran Tottenham Hotspur untuk menyertai Chelsea daripada kelab Russia, Anzhi Makhachkala dengan nilai £30 juta pound (RM163.90 juta) pada 2013.

Dia menjaringkan 63 gol dalam 339 penampilan dan menang lima trofi, dua gelaran Liga Perdana, masing-masing satu Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa.

Bagaimanapun kecederaan pergelangan kaki menghalangnya bermain pada final Piala FA ketika tewas kepada Arsenal dan kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara ketika tunduk kepada Bayern Munich.

"Masanya sudah tiba untuk saya meneruskannya. Saya pasti akan merindui rakan sepasukan," katanya.

"Saya akan merindui semua staf di kelab yang sentiasa melayan saya seperti anak sendiri dan saya akan merindui penyokong.

"Saya akan meninggalkan kelab dengan bangga, selepas saya menang banyak piala di sini dan sentiasa melakukan yang terbaik bersama jersi Chelsea."

Sumber: Berita Harian
Foto AFP