WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

BUKAN SEMUA PEMAIN KEMARUK WANG

Penjaga gol Arsenal, Emiliano Martinez meraikan kemenangan bersama Kieran Tierney (kiri) dalam perlawanan menentang Chelsea di Wembley


Back To Sports Updates

LONDON: Wira Piala FA Arsenal Emiliano Martinez semakin disayangi peminat selepas dia mengatakan: "Saya tidak peduli soal wang."

Penjaga gol dari Argentina itu mengalirkan air mata selepas Gunner menjulang trofi berkenaan buat kali ke-14 susulan kemenangan 2-1 ke atas Chelsea Sabtu lalu.

Martinez diberi peluang menjadi benteng terakhir Arsenal pada perlawanan itu selepas pilihan utama Bernd Leno cedera ketika menentang Brighton pada 22 Jun.

Selepas memeluk kakitangan Arsenal di Wembley, pemain 27 tahun itu berkata dia tidak peduli dengan insentif kewangan hasil kemenangan itu.

Ia dipercayai berkaitan dengan pemotongan gaji pemain yang diturunkan daripada 12.5 peratus kepada 7.5 peratus selepas layak ke Liga Europa.

Ketika berusia 17 tahun, Martinez meninggalkan keluarganya di Argentina untuk menyertai kelab utara London itu selepas ditandatangani oleh Arsene Wenger.

"Ketika itu saya tinggal di Buenos Aires dan bermain untuk Indipendiente, dan saya hanya dapat berjumpa keluarga dua kali sebulan kerana mereka tidak mampu membeli petrol untuk memandu dari Mar Del Plata.

"Jadi apabila Arsenal menawarkan untuk membeli saya, saya beranikan diri. Saya berusia 17 tahun dan saya kata 'iya' untuk keluarga saya.

"Kami datang daripada keluarga susah dan untuk mereka melihat saya memenangi trofi serta pingat, ia sesuatu yang istimewa," kata Martinez.

Sepanjang bersama Arsenal, Martinez dipinjamkan ke Oxford, Sheffield Wednesday, Rotherham, Wolves, Getafe dan Reading.

Dia sentiasa menjadi sokongan kepada Leno, Petr Cech, David Ospina, Wojciech Szczesny, Lukasz Fabianski, Vito Mannone dan Manuel Almunia.

Namun situasi itu tidak pernah menghalang impiannya bersama Arsenal. Dia dijangka ditawarkan kontrak baharu di Emirates.

Sumber: Berita Harian