• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

DROGBA CALON PRESIDEN POPULAR

Didier Drogba disambut ribuan peminat ketika dia menyerahkan pencalonan untuk menjadi presiden persatuan bola sepak Ivory Coast


Back To Sports Updates

ABIDJAN, Ivory Coast: Legenda Chelsea Didier Drogba disambut ribuan peminat ketika dia menyerahkan pencalonan untuk menjadi presiden persatuan bola sepak Ivory Coast.

Drogba, 42, akan bersaing dengan empat lagi calon untuk merebut jawatan tertinggi di Persekutuan Bolasepak Ivory Coast pada pemilihan 5 September ini.

Bekas penyerang itu berharap pencapaiannya sepanjang karier bersama kelab dan negara akan membantu kemenangannya.

Peminat-peminat turun memberi sokongan kepada Drogba dengan membawa sepanduk dan memakai baju yang dicetak wajahnya.

Bagaimanapun populariti dalam kalangan peminat bola sepak tidak menjamin kemenangan menerusi peti undian.

Drogba memerlukan tiga pencalonan daripada 14 kelab Ligue 1 dan dua daripada divisyen lebih rendah.

Pemenang dua kali anugerah pemain bola sepak Afrika terbaik itu turut perlu mendapatkan sokongan daripada jurulatih, doktor, pemain dan pengadil yang masih aktif atau sudah bersara.

"Bola sepak adalah sukan semua orang, ia menyatukan. Kita dapat lihat hari ini ramai yang berkumpul di depan ibu pejabat persekutuan bola sepak Ivory Coast.

"Tidak dinafikan lagi bola sepak kita semakin teruk, dan atas dasar itu saya dan pasukan saya bertekad mahu menyumbang untuk kebangkitan bola sepak Ivory Coast," kata Drogba.

Drogba menyarung jersi Ivory Coast dari tahun 2002 hingga 2014, dan mendahului senarai penjaring negara itu dengan 65 gol daripada 105 kap.

Dia juga menjadi pemain ketiga negara itu dengan jumlah penampilan tertinggi, di belakang Didier Zokora (123) dan Kolo Toure (120).

Sumber: Berita Harian