WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

XAVI SEMBUH JANGKITAN COVID-19

Bekas bintang Barcelona dan jurulatih kelab Qatar, Xavi Hernandez


Back To Sports Updates

DOHA: Bekas bintang Barcelona, Xavi Hernandez berkata semalam bahawa dia sudah sembuh daripada coronavirus, kembali dan menyambung tugasnya selaku ketua jurulatih kelab Qatar, Al-Sadd.

"Terima kasih kerana mesej yang saya terima ketika ini," katanya di Instagram bersama gambar bersama anak perempuannya.

"Saya mahu berkongsi bersama anda bahawa saya sudah sembuh dan kembali bersama keluarga dan pasukan Al-Sadd."

Xavi, 40, mengumumkan Sabtu lalu bahawa dia diuji positif selepas ujian rutin terhadap pemain dan staf kelab utama Qatar itu.

Sejumlah 4 peratus daripada sejumlah 2.75 juta rakyat Qatar dijangkiti COVID-19 dengan 110,153 kes dilaporkan sejak permulaan pandemik dengan negara kecil itu mencatat purata jangkitan tertinggi.

Bagaimanapun negara yang kaya dengan minyak itu hanya melaporkan 169 kematian, antara negara paling rendah selain 106,849 orang sembuh daripada jangkitan COVID-19, menurut statistik rasmi.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP