WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

CHELSEA TAK BOLEH LEKA

FRANK Lampard menegaskan Chelsea tidak boleh berehat selepas layak ke Liga Juara-Juara (UCL)


Back To Sports Updates

Frank Lampard menegaskan Chelsea tidak boleh berehat selepas layak ke Liga Juara-Juara (UCL) kerana mereka perlu lebih meningkat sebelum boleh mengejar juara Liga Perdana, Liverpool musim depan.

Skuad kendalian Lampard hanya memerlukan satu mata daripada perlawanan terakhir musim ini bagi memastikan tempat ke UCL dan mencapai sasaran itu dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves.

Jaringan separuh masa pertama Mason Mount dan Olivier Giroud di Stamford Bridge memastikan mereka bertahan di kedudukan empat teratas bagi sebahagian besar musim ini.

The Blues tidak pernah keluar daripada kedudukan empat teratas sejak 6 Oktober.

Chelsea boleh mencatat musim pertama yang baik buat Lampard sebagai pengurus kelab jika mereka menewaskan Arsenal pada final Piala FA di Wembley, Sabtu ini.

Mereka juga perlu berdepan Bayern Munich dalam perlawanan kedua kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara namun ketinggalan 0-3 menjelang saingan di Jerman pada Ogos.

"Saya rasa di Chelsea kami perlu berhati-hati dan tidak terlalu teruja dengan kedudukan empat teratas.

"Sebaliknya terus bekerja, saya tidak rasa ramai orang di luar sana memberi harapan kepada kami," kata Lampard.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP