WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

SOLSKJAER MAHU UNITED BERUSAHA GIGIH

Ole Gunnar Solskjaer percaya Manchester United mesti jadi lebih "kuat, cergas dan lebih mantap" untuk cabaran Liga Juara-Juara (UCL) musim depan


Back To Sports Updates

Ole Gunnar Solskjaer percaya Manchester United mesti jadi lebih "kuat, cergas dan lebih mantap" untuk cabaran Liga Juara-Juara (UCL) musim depan selepas menewaskan Leicester 2-0 bagi memastikan tempat ketiga Liga Perdana awal pagi ini.

United hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan tempat ke kelompok empat teratas di King Power dan melakukan dengan baik ketika banyak dipertaruhkan kedua-dua kelab.

Jaringan penalti disempurnakan Bruno Fernandes 19 minit sebelum tamat melegakan kebimbangan Solskjaer.

Jesse Lingard kemudian merebut kesempatan daripada kesilapan Kasper Schmeichel pada penghujung saingan bagi menamatkan musim sukarnya dengan gol liga pertama pada kempen kali ini.

United ketinggalan 14 mata di belakang Leicester ketika Fernandes tiba dari Sporting Lisbon pada Januari dan pemain antarabangsa Portugal itu menjadi tonggak utama menukar nasib Red Devils.

"Dari tempat kami berada awal musim ini, untuk menamatkan saingan di tempat ketiga, ia sangat menakjubkan," kata Solskjaer.

"Kami melalui tempoh turun naik dan ia berlarutan hingga perlawanan terakhir, pencapaian menakjubkan."

Sumber: Harian Metro
Foto AFP