WHAT'S NEXT

RENTAK RUAI

02.00pm - 05.00pm

CABARAN SEBENAR ARTETA

Tempat duduk kosong Stadium Wembley akan menjadi tuan rumah


Back To Sports Updates

LONDON: Tempat duduk kosong Stadium Wembley akan menjadi tuan rumah kepada saingan separuh akhir Piala FA hujung minggu ini ketika juara bertahan, Manchester City akan berdepan Arsenal manakala Chelsea dan Manchester United menukar fokus daripada pertarungan merebut tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

City dan Arsenal akan terlebih dulu bertemu awal pagi Ahad ini ketika the Gunners cuba membuat kejutan buat kali kedua selepas membenam juara England, Liverpool 2-1 semalam.

Hanya sekali sejak 10 tahun Arsenal menamatkan saingan di atas City dan skuad kendalian Pep Guardiola menang tujuh saingan sebelum ini dengan kombinasi jaringan 20-2.

Arsenal tidak mampu menyaingi kelab disokong sumber daripada Abu Dhabi itu ketika mereka berdepan kemungkinan empat musim tanpa Liga Juara-Juara selepas 19 tahun berturut-turut beraksi dalam kejohanan elit Eropah itu bersama Arsene Wenger.

"Saya tahu kelab elit, kelab yang dihormati seperti Liverpool, Man United, terutama Arsenal, tidak selesa kami berada di sini," kata Guardiola.

"Tapi mereka perlu faham kami berhak berada di sini."

Mikel Arteta memainkan peranan penting meraih gelaran liga berturut-turut bersama City sejak dua musim lalu selaku pembantu Guardiola, tetapi kini berdepan tugasan sukar menewaskan kelab lamanya.

Menewaskan Liverpool adalah tonik terbaik tetapi ia hadir selepas kesilapan Virgil van Dijk dan Alisson Becker ketika skuad kendalian Jurgen Klopp berkampung di kawasan sendiri bersama 70 peratus penguasaan bola dan 24 cubaan berbanding tiga buat Arsenal.

Sumber: Berita Harian

FOTO AFP