WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

COVID-19: HANYA SEORANG POSITIF DI TOTTENHAM

Kemunculan semula Liga Perdana mendapat tonik tambahan hari ini apabila hanya seorang yang tidak didedahkan dari Tottenham Hotspur diuji positif


Back To Sports Updates

LONDON: Kemunculan semula Liga Perdana mendapat tonik tambahan hari ini apabila hanya seorang yang tidak didedahkan dari Tottenham Hotspur diuji positif daripada keseluruhan 1,197 individu menjalani ujian COVID-19.

Tottenham mengesahkan individu yang diuji positif itu dari kelab berkenaan tetapi kelab utara London itu tidak menyatakan sama ada ia pemain atau kakitangan.

Individu terbabit kini menjalani pengasingan selama tujuh hari.

"Kami sudah memberitahu Liga Perdana bahawa kami menerima satu ujian positif COVID-19 selepas ujian di pusat latihan kami," kata Tottenham dalam satu kenyataan.

"Berdasarkan peraturan perubatan, nama individu itu tidak akan didedahkan.

"Dia ada menunjukkan simpton dan akan diasingkan selama tujuh hari berdasarkan protokol Liga Perdana sebelum kembali menjalani ujian.

"Kami akan terus mengikut langkah ketat ditetapkan Liga Perdana iaitu memastikan Pusat Latihan kami selamat dan dalam keadaan yang bebas virus untuk bertugas."

Sementara itu sembilan individu dari divisyen kedua Liga Kejuaraan diuji positif daripada keseluruhan 1,094 pemain dan kakitangan diuji.

Sumber: Berita Harian