WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

PERANG HATRIK RONALDO-MESSI

Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi bergabung mencatat 110 hatrik


Back To Sports Updates

MADRID: Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi bergabung mencatat 110 hatrik untuk kelab dan negara masing-masing.

Messi terlebih dulu meledak hatrik sebagai pemain profesional - di salah satu pertembungan besar bola sepak - El Clasico pada 10 Mac 2007.

Hatrik profesional Ronaldo pula hadir 10 bulan kemudian, ketika Manchester United menentang Newcastle pada 13 Januari 2008.

Walaupun sedikit lewat, bintang Portugal itu kini mendahului pesaing dari Argentina dalam jumlah keseluruhan hatrik.

Ronaldo mengumpul 56 hatrik manakala Messi 54.

Bagaimanapun 29 daripada hatrik bintang Juventus itu dibantu dengan jaringan penalti, berbanding Messi hanya 14.

Namun hanya Ronaldo yang berjaya meledak hatrik sempurna berdasarkan bola sepak Inggeris - jaringan kaki kanan, kaki kiri dan tandukan - ketika Real Madrid menentang Getafe pada tahun 2013.

Messi pula mencatat rekod hatrik terbanyak pada musim 2011-12 apabila meledak 12 hatrik - dengan Ronaldo merakam tujuh hatrik pada musim sama.

Rekod terbanyak Ronaldo ialah sembilan hatrik pada musim 2014-15.

Untuk jaringan empat gol dalam satu perlawanan, Ronaldo mengatasi Messi dengan lapan kali sepanjang karier berbanding enam oleh pemain Barcelona itu.

Messi meledak lima gol dalam satu perlawanan cuma sekali manakala Ronaldo melakukannya dua kali - kedua-duanya ketika bersama Real Madrid.

Kali terakhir Messi meledak hatrik adalah Februari lalu, manakala Ronaldo pada Januari.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP