WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

LIGA PORTUGAL DISAMBUNG SEMULA 3 JUN

Pendahulu saingan, Porto akan berkunjung ke Famalicao apabila liga utama Portugal kembali bersambung pada 3 Jun


Back To Sports Updates

LISBON: Pendahulu saingan, Porto akan berkunjung ke Famalicao apabila liga utama Portugal kembali bersambung pada 3 Jun ini selepas ditangguhkan lebih dua bulan kerana pandemik COVID-19, kata Liga Primeira.

Liga berkenaan mengumumkan jadual bagi baki sembilan perlawanan musim ini, namun tidak termasuk perlawanan terakhir pada 21 Julai.

Kerajaan Portugal pada April lalu menjelaskan 10 aksi terakhir kempen yang ditangguhkan sejak 12 Mac, perlu dilangsungkan mengikut protokol kesihatan yang ketat dengan pemain harus melepasi ujian virus dua kali seminggu.

Dalam aksi lain, juara bertahan, Benfica, yang mana pemain tengahnya David Tavares yang didapati positif virus itu, menjadi tuan rumah kepada pasukan di tangga ke-14, Tondela.

Porto memiliki kelebihan satu mata di depan Benfica dengan kedua-dua pasukan itu akan bertembung pada final Piala Portugal - namun tarikh baru bagi perlawanan itu masih belum diputuskan.

Sumber: Berita Harian