WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

COVID-19: MLS DITANGGUH SELAMA 30 HARI

Liga Bolasepak Major (MLS) mengumumkan saingan 2020 akan ditunda selama 30 hari


Back To Sports Updates

Liga Bolasepak Major (MLS) mengumumkan saingan 2020 akan ditunda selama 30 hari tatkala ia sedang mengenal pasti kesan Coronavirus.

Pesuruhjaya MLS, Don Garber, mengesahkan kesemua 26 kelab bersetuju untuk menangguhkan aksi serta-merta ekoran COVID-19 telah disahkan sebagai satu wabak pandemik oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).

Keputusan itu diambil selepas menerima nasihat dan panduan daripada skuad perubatan serta pihak berkuasa keselamatan, di mana sebarang perkembangan untuk menamatkan saingan pada waktu sesuai akan diumumkan kemudian.

"Kelab kami bersatu hari ini untuk mendapatkan keputusan menangguhkan saingan musim ini berdasarkan nasihat dan panduan daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Agensi Kesihatan Umum Kanada serta pihak berkuasa sambil keutamaan kami adalah penyokong, pemain, penganjur dan pekerja," kata Garber.

"Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada penyokong atas sokongan yang diberikan dalam tempoh yang sukar ini."

Sumber: AWANI