WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

PANDELELA MENANG GANGSA DI MONTREAL

Atlet terjun negara, Pandelela Rinong terus menambah koleksi pingatnya dengan memperoleh satu lagi pingat gangsa


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara, Pandelela Rinong terus menambah koleksi pingatnya dengan memperoleh satu lagi pingat gangsa dalam Kejohanan Terjun Siri Dunia di Montreal, Kanada menerusi acara 10m platform wanita, pada Sabtu.

Atlet dari Sarawak berusia 26 tahun itu memperoleh 337.55 mata untuk menduduki tempat ketiga selepas permulaan yang perlahan dengan tempat kelima pada terjunan pertama tetapi dapat mengembalikan rentak dan menaiki podium, akhirnya.

Pemenang pingat gangsa Olimpik sebanyak dua kali, Meaghan Benfeito menggembirakan penyokong tuan rumah apabila memenangi pingat emas dengan catatan 355.10 dengan ketiadaan penerjun-penerjun dari China dan wakil Rusia, Luliia Timoshinina di tempat kedua dengan 347.40 mata.

Penerjun dari China tidak mengambil bahagian dalam pertandingan ini susulan wabak virus COVID-19, di negara itu.

Pada hari pembukaan (Jumaat di Kanada), Pandelela bersama gandingannya Leong Mun Yee memperoleh pingat perak dalam acara 10m platform seirama wanita.

Sumber: BERNAMA