WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

KLOPP TERKEJUT MAN CITY DIGANTUNG

Pengendali Liverpool Jurgen Klopp berkata dia terkejut selepas pesaing Liga Perdana Inggeris Manchester City digantung dua musim


Back To Sports Updates

LONDON: Pengendali Liverpool Jurgen Klopp berkata dia terkejut selepas pesaing Liga Perdana Inggeris Manchester City digantung dua musim oleh Kesatuan Bolasepak Eropah kerana menyalahi peraturan kewangan.

“Ia amat mengejutkan,” kata Klopp yang skuad juara Eropahnya kini di ambang merampas gelaran liga daripada Manchester City.

“Ia lengkap sekarang. Itu saja perkara yang boleh saya katakan tentang bola sepak.

“Apa yang mereka lakukan di dalam padang amat luar biasa. Tetapi selebihnya, saya tidak tahu.

“Saya amat bersimpati ke atas mereka, Pep (Guardiola) dan pemain-pemain (City), tetapi itu situasinya. Mereka boleh merayu jadi kita lihat apa yang akan berlaku. Ia amat serius.”

Sementara itu bekas pemain tengah City Joey Barton berkata ia satu tamparan hebat buat bola sepak Inggeris sekiranya bekas kelabnya itu kekal digantung.

“Saya tidak dapat menerima jika City tidak berada di dalam Liga Juara-Juara,” kata Barton yang kini mengendali kelab divisyen tiga Fleetwood.

“Dengan tahap pengurus dan pemain mereka, anda perlu berada di pentas tertinggi Eropah.

“Untuk bola sepak Inggeris, anda mahukan pasukan terbaik anda di dalam kejohanan itu.”

Sumber: Berita Harian