WHAT'S NEXT

ULANGAN CATS PREBIU

09.00pm - 10.00pm

LAHIR 5 FEBRUARI - BIJAK GUNA KAKI

Jika anda memiliki anak yang lahir pada 5 Februari, mungkin anda sudah mula boleh membelikan sepasang but bola untuknya


Back To Sports Updates

LONDON: Jika anda memiliki anak yang lahir pada 5 Februari, mungkin anda sudah mula boleh membelikan sepasang but bola untuknya.

Ini kerana mereka berkemungkinan berpeluang menjadi antara pemain bola sepak terbaik dunia.

Jika anda tidak percaya, mari kita selidik senarai nama beberapa bintang yang lahir pada hari kelima bulan kedua itu.

Untuk permulaan, bagaimana dengan bintang Juventus dan Portugal, Cristiano Ronaldo?

Bekas pemain Real Madrid yang kini berusia 35 tahun itu memenangi hampir semua gelaran dalam bola sepak - Liga Perdana Inggeris (EPL), La Liga, Liga Juara Juara, Kejuaraan Eropah dan Ballon d’Or.

Bukan sahaja Ronaldo malah pemain Paris Saint Germain dan Brazil, Neymar yang bernilai 198 juta pound (RM1.05 billion) turut berkongsi tarikh lahir bersama Ronaldo dan kini berusia 28 tahun.

Selain dua pemain itu, seorang lagi pemain turut meraikan ulang tahun ke-36 pada 5 Februari iaitu Carlos Tevez yang pernah pernah beraksi bersama Manchester United, Manchester City dan Juventus sebelum beraksi di China dengan gaji termahal di dunia iaitu 615,000 pound seminggu (RM3.2 juta) sebelum kembali ke pasukan remajanya, Boca Juniors pada 2018.

Tiga pemain ini sudah boleh dianggap sebagai antara pemain terbaik di dunia dan selain mereka, bintang lain yang turut berkongsi tarikh lahir bersama mereka adalah Gheorghe Hagi.

Hagi pernah disamakan dengan legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona sehingga dia mendapat julukan ‘Maradona Carpathians’ atas kemahiran luar biasanya.

Selain itu, nama lain termasuklah penyerang Sheffield Wednesday, Jordan Rhodes ; bekas pemain United, Adnan Januzaj ; pemain muda berpotensi Manchester City, Patrick Roberts dan bintang Sheffield United, Billy Sharp.

Tiga lagi pemain adalah bekas tonggak Arsenal, Giovanni van Bronckhorst; bekas pemain Tottenham, Verdan Corluka dan bekas pemain kebangsaan Argentina, Rodrigo Palacio.

Tarikh 5 Februari bukan hanya membabitkan pemain bola sepak, namun pemilik bersama West Ham, David Sullivan, pelakon yang melakonkan watak Brian Clough dalam filem The Damned United, Micheal Sheen serta bekas bos England, Sven-Goran Eriksson turut dilahirkan pada tarikh terbabit.

Pakar astrologi terkenal dunia, Shelley von Strunckel mendakwa perkara ini bukanlah satu kebetulan semata-mata.

“Aquarius adalah genius dan bijak menggunakan kaki. Mereka membuat keputusan lebih pantas berbanding orang lain.”

Jadi, jika anda dilahirkan pada 5 Februari, anda mungkin menjadi bintang bola sepak tersohor. -Agensi

 

PROFIL

 

CRISTIANO RONALDO

Nama penuh: Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro

Tarikh lahir: 5 Februari 1985

Usia: 35 tahun

Tempat lahir: Funchal, Madeira, Portugal

Tinggi: 1.87 m

Posisi: Penyerang

Pasukan: Juventus

Karier remaja:

1992–1995: Andorinha

1995–1997: Nacional

1997–2002: Sporting CP

Karier senior:

2002–2003: Sporting CP

2002–2003: Sporting CP

2003–2009: Manchester United

2009–2018: Real Madrid

2018–kini: Juventus

Pasukan kebangsaan:

2001: B-15 Portugal

2001–2002: B-17 Portugal

2003: B-20 Portugal

2002–2003: B-21 Portugal

2004: B-23 Portugal

2003-kini: Portugal

 

 

NEYMAR

Nama penuh: Neymar da Silva Santos Junior

Tarikh lahir: 5 Februari 1992

Usia: 28 tahun

Tempat lahir: Mogi das Cruzes, Brazil

Tinggi: 1.75 m

Posisi: Penyerang

Pasukan: Paris Saint Germain

Karier remaja:

1999–2003: Portuguesa Santista

2003–2009: Santos

Karier senior:

2009–2013: Santos

2013–2017: Barcelona

2017–kini: Paris Saint Germain

Pasukan kebangsaan:

2009: B-17 Brazil

2011: B-20 Brazil

2012–2016: B-23 Brazil

2010–kini: Brazil

 

 

CARLOS TEVEZ

Nama penuh: Carlos Alberto Tevez

Tarikh lahir: 5 Februari 1984

Usia: 36 tahun

Tempat lahir: Ciudadela, Buenos Aires, Argentina

Tinggi: 1.73 m

Posisi: Penyerang

Pasukan: Boca Juniors

Karier remaja:

1992–1997: All Boys

1997–2001: Boca Juniors

Karier senior:

2001–2004: Boca Juniors

2005–2006: Corinthians

2006–2007: West Ham United

2007–2009: Manchester United

2009–2013: Manchester City

2013–2015: Juventus

2015–2016: Boca Juniors

2017: Shanghai Shenhua

2018: Boca Juniors

Pasukan kebangsaan:

2001: B-17 Argentina

2004: B-23 Argentina

2004–kini: Argentina

Sumber: Berita Harian