WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SOLSKJAER PERTAHAN SIKAP POGBA

Pengendali Manchester United Ole Gunnar Solskjaer tidak mempunyai isu dengan Paul Pogba


Back To Sports Updates

MANCHESTER: Pengendali Manchester United Ole Gunnar Solskjaer tidak mempunyai isu dengan Paul Pogba dan hasratnya untuk kembali mendapatkan kecergasan walaupun pemenang Piala Dunia itu berterusan cuti akibat kecederaan.

Pogba tidak beraksi untuk United sejak 30 September kerana kecederaan buku lali, terlepas 21 perlawanan untuk kelab dan negara sepanjang tempoh berkenaan.

Tetapi pemain 26 tahun itu dikecam kerana melancong ke Dubai dan Miami serta dirakam menari di majlis perkahwinan adiknya di Paris ketika dia sepatutnya dalam proses pemulihan.

Ia memberi gambaran yang Pogba tidak berusaha mendapatkan semula tahap kecergasan penuh, tetapi Solskjaer menegaskan ia bukan perkara besar.

“Bagi saya dia salah seorang pemain terbaik dunia. Saya sentiasa mengatakan begitu dan anda sendiri melihat apa yang dia mampu lakukan di atas padang,” kata Solskjaer.

“Tetapi dia perlu cergas. Setiap orang akan cedera. Saya terpaksa berehat 18 bulan (sebagai pemain). Saya pergi ke majlis perkahwinan dan saya tidak sihat tetapi masih melakukan perkara-perkara lain.

“Saya bukan penari yang terbaik – jelas sekali tidak sehebat Pogba.”

Minggu ini genap setahun Solskjaer mengambil alih tugas pengurus di Old Trafford.

Sepanjang setahun itu, United merakam kemenangan ke atas Tottenham, Paris Saint-Germain dan Manchester City, serta memberikan kemenangan kepada beberapa pasukan lain.

United dianggap masih dalam tempoh peralihan di bawah pengendali dari Norway itu, yang percaya pasukannya menuju ke arah yang betul.

“Anda belajar pada setiap masa dan belajar tentang pemain-pemain. Bagi saya ia berkenaan berpegang kepada prinsip anda, dan lakukan dengan cara anda – seperti anda mahukan.

“Jika perlu menengking pemain walaupun mereka tidak sukakannya, lakukan. Atau menjadi mesra ketika mereka merasakan saya perlu tegas terhadap mereka,” katanya.

Sumber: Berita Harian