WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

UNITED YAKIN BELI HAALAND

Manchester United yakin mendapatkan penyerang RB Salzburg, Erling Braut Haaland secara pinjaman pada Januari ini


Back To Sports Updates

LONDON: Manchester United yakin tawaran £76 juta (RM350.56 juta) bagi mendapatkan penyerang RB Salzburg, Erling Braut Haaland pada Januari ini akan berjaya dimuktamadkan.

United merancang untuk mendapatkan Haaland secara tetap sebelum meminjamkannya semula ke Salzburg sehingga penghujung musim.

Bos United, Ole Gunnar Solskjaer menjadikan pemain berusia 19 tahun itu sebagai sasaran utamanya dan dikatakan terdesak untuk menewaskan banyak kelab lain yang turut berminat mendapatkan penyerang berkenaan.

Akhbar England, SunSport difahamkan pemain berkenaan hampir untuk membawa pemain berkenaan ke Old Trafford dengan syarat Salzburg akan mengekalkannya sehingga penghujung musim.

Solskjaer dikatakan mahu mendapatkan penyerang berkenaan yang sudah menyumbat 24 gol dalam 22 penampilan musim ini itu dalam usaha menamatkan saingan Liga Perdana di tangga empat terbaik.

Tetapi Salzburg menegaskan mereka hanya akan menerima tawaran itu jika perjanjian berkenaan turut kekal di kelab berkenaan sehingga penghujung kempen.

Haaland juga dikatakan gembira dengan perpindahan ke Old Trafford tetapi lebih gembira menerusi perjanjian meminjamkannya semula ke Salzburg sehingga Mei.

Selain Salzburg, kelab Jerman RB Leipzig turut berminat mendapatkan minat Haaland dengan harga hanya £20 juta (RM92.23 juta) dan sudah menyuarakan hasrat berkenaan.

Begitupun, peluang bekerjsama dengan rakan senegaranya dari Norway, Solskjaer turut meningkatkan minat Haaland ke Old Trafford.

Sumber: Berita Harian