WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

TRAGEDI HELIKOPTER TLDM: ADIK MAHU KAKAK DIKEBUMIKAN DI SARAWAK

Honey, 16, berkata berita sedih tentang pemergian kakaknya itu disampaikan oleh ayahnya yang datang ke sekolah


Back To Whats Hot

KUCHING, 23 April: “Saya mahu kakak dikuburkan di sini dan mahu melihat dia buat kali terakhir,” itu luahan Honey Viviane Francis ketika mengetahui kakaknya Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna terkorban dalam nahas helikopter pagi tadi.

Honey, 16, berkata berita sedih tentang pemergian kakaknya itu disampaikan oleh ayahnya yang datang ke sekolah untuk memaklumkan kepada dia dan adiknya pada 11 pagi tadi.

“Bapa turut menunjukkan video helikopter yang terhempas itu. Saya terkejut hingga tidak dapat berkata-kata seakan tidak percaya kakak sudah tiada, rasa macam semalam baru berborak dengan dia,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Sumpas Tampek, kira-kira 110 kilometer dari sini.

Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas dan pesanan daripada kakaknya agar belajar bersungguh-sungguh serta menjaga ahli keluarga dengan baik masih terngiang-ngiang.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini