• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

SYASYA UNDUR DIRI DARIPADA DOLLA

Selepas lama tidak muncul bersama, syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengumumkan salah seorang ahli Dolla, Syasya menarik diri


Back To Whats Hot

PETALING JAYA - Selepas lama tidak muncul bersama, syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengumumkan salah seorang ahli Dolla, Syasya menarik diri daripada kumpulan tersebut.

Menurut Universal dalam satu kenyataan memberitahu penarikan diri Syasya, 24, itu adalah atas sebab peribadi yang tidak dimaklumkan secara terperinci.

“Kami ingin mengumumkan bahawa salah seorang ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut atas sebab peribadi.

“Walaupun berat hati untuk menerima keputusan Syasya, pihak kami tetap menghormati pendiriannya dan sentiasa mengharapkan yang terbaik untuknya,” katanya.

Tambahnya, tiga lagi ahli kumpulan iaitu Angel, Sabronzo dan Tabby menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan akan meneruskan perjuangan Dolla.

“Kami tetap komited untuk menyokong tiga lagi ahli kumpulan Dolla iaitu Angel, Sabronzo dan Tabby dalam meneruskan perjuangan seni buat peminat di dalam dan luar negara.

“Pihak kami telah pun membuat pelbagai perancangan untuk memastikan Dolla menempa nama di persada muzik Asia Tenggara dan tetap akan meneruskan perancangan tersebut.

“Kami juga amat menghargai segala sokongan yang telah diterimaDolla selama empat tahun sejak kemunculan mereka selain berharap peminat dan pihak media akan terus memberi sokongan penuh terhadap kerjaya mereka,” ujar kenyataan itu.

Untuk rekod, Dolla ditubuhkan pada April 2019 selepas Angel, Sabronzo, Tabby dan Syasya digabungkan menerusi sesi uji bakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu.

Sumber: Kosmo Online!
Oleh NUR EMIRA SAIZALI
 
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini