WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

YDPA AL-SULTAN ABDULLAH DAN PERMAISURI AGONG TUNAI IMPIAN DEKATI RAKYAT SABAH DAN SARAWAK

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat negeri Sabah dan Sarawak


Back To Whats Hot

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan sukacita dan syukur kerana dapat menyempurnakan impian mendekati rakyat Sabah dan Sarawak menerusi program Kembara Kenali Borneo yang berakhir semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mej Jen Datuk Zahari Mohd Ariffin berkata baginda berdua amat terharu dan tersentuh dengan semangat dan kasih rakyat yang dizahirkan di sepanjang jalan raya lokasi pengembaraan tanpa mengira penat lelah, ketika lewat malam serta keadaan cuaca panas terik dan hujan lebat.

Katanya dalam kenyataan Istana Negara hari ini, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat negeri Sabah dan Sarawak atas sambutan sangat hebat yang telah diberikan kepada baginda berdua dan keluarga sepanjang pengembaraan menelusuri Lebuhraya Pan Borneo dari Tawau, Sabah hingga ke Telok Melano, Sarawak.

#BilikBeritaCATS #catsfm

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini