SRI AMAN: Jelajah hari ke-10 Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menelusuri lebuh raya Pan Borneo ke Selatan Sarawak sepatutnya dijadual tiba di Masjid Bandar Sri Aman pada 12.30 tengah hari tadi.
Menurut laporan pihak berkuasa, rombongan Seri Paduka Baginda bagaimanapun tidak masuk ke bandar Simanggang ini atas sebab-sebab tertentu.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong mengadakan lawatan ke Pasar Sentral Sibu pada sebelah pagi dan rombongan turut menziarahi Jambatan Durin Sibu dan SMK Sungai Pauh, Sarikei.
Berangkat sama menyertai kembara dari Sibu ke Kuching ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof.
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
I would love to receive more updates from CatsFM !