WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

DINI NIKAHI JANNA 10 JUN

Kalau Yang Dikatakan Itu Betul, Maka Ia (Perkahwinan ) Akan Terjadi - Sumber Foto IG Dini Schatzmann


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Pelakon kacukan Melayu-Switzerland, Dini Schatzmann enggan mengesahkan atau menafikan spekulasi bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya, Janna Nick pada 10 Jun depan seperti heboh diperkatakan ramai.

Malah, Dini turut meminta semua pihak menunggu tarikh dimaksudkan itu benar mahupun sebaliknya.

"Kalau apa yang dikatakan itu betul, maka ia (perkahwinan ) itu akan terjadi.

"Namun, jika selepas tarikh itu tiada apa-apa berlaku, maka tiadalah yang terjadi," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran treler dan poster filem Malbatt: Misi Bakara, hari ini.

Ditanya reaksinya ketika spekulasi mengenai tarikh perkahwinan tersebar, pemilik nama lengkap Dini Azan Schatzmann, 29, mengakui, dia tidak terkejut dengan berita itu.

"Perancangan perkahwinan semestinya ada sebab takkan kita nak berada dalam hubungan main-main.

"Insya-Allah, saya tak nak lama sangat bercinta. Kami nak ke arah lebih baik, takkan kami bercinta lama-lama, ia takkan ke mana.

"Kalau benar terjadi saya akan beritahu. Jika tak, ia tak terjadi," jelas Dini.

Terdahulu, spekulasi tarikh perkahwinan pasangan ini timbul selepas kedua-dua selebriti itu dilaporkan memilih sebuah resort mewah di Pantai Cenang, Langkawi sebagai lokasi majlis perkahwinan pada 10 Jun depan.

Laporan itu turut menyebut Janna juga hadir ke Pejabat Agama Daerah Langkawi bagi menghantar borang pernikahan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini