• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

LINDA RAFAR MENYANYI KERANA TERAPI

Linda Muncul Dengan SIngle Sujud - Sumber Foto Instagram Linda Rafar


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar menolak tawaran lakonan kerana mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga selain fokus kepada perniagaan.

Bagaimanapun, Linda atau nama sebenar, Azlinda Abdul Rafar, 45, masih aktif dalam bidang seni terutama nyanyian yang dianggap terapi.

"Saya tidak hilang dari industri seni, tetapi, saya tidak aktif macam dahulu. Sebelum ini, saya ke sana dan ke sini, buat kerja, sekarang, saya perlahankan langkah kerana perlu uruskan perniagaan.

"Jadi, masa saya terhad untuk terlalu aktif. Disebabkan itu, kebanyakan tawaran lakonan saya tolak.

Linda berkata, salah satu faktor dirinya banyak menolak tawaran lakonan kerana lebih aktif memenuhi undangan nyanyian.

Selepas sekian lama dikenali sebagai anggota kumpulan Elite, Linda terbuka dilihat sebagai penyanyi kerohanian apabila muncul dengan single Sujud.

Mengulas lanjut mengenai lagu baharu itu, Linda berkata, single ciptaan Herda Syira yang menjadi runut bunyi bagi drama Zuriat Dari Penjara itu mempunyai lirik yang dekat dengan kehidupannya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini