WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

POLIS EVO KUTIP RM 16 JUTA SELEPAS 4 HARI TAYANGAN

Polis Evo Meraih Kutipan Tertinggi - Sumber Foto Berita Harian


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Filem aksi komedi, Polis Evo 3 mengaut RM16 juta selepas empat hari tayangan menjadikan karya arahan Syafiq Yusof itu sebagai filem yang meraih kutipan tertinggi pada minggu pembukaan pasca pandemik COVID-19.

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, kutipan itu membuktikan filem tempatan masih mendapat sokongan peminat yang mahukan filem berkualiti.

Sebagai usaha mempromosikan filem dengan lebih meluas, Raja Jastina berkata, mereka melakukan siri jelajah ke pantai timur Semenanjung Malaysia sebelum diteruskan ke negeri di utara selain Singapura, awal bulan ini.

Sebelum ini, Polis Evo 3 yang mula ditayangkan di pawagam tempatan sejak Khamis lalu, mengaut lebih RM3.4 juta.

Jumlah itu termasuk RM1.3 juta yang diperoleh pada sesi tayangan awal atau 'sneak preview' filem terbabit yang dipertontonkan di pawagam GSC di seluruh negara, sehari sebelum tayangan rasmi.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini