Lisa Blackpink memaklumkan dirinya masih lagi di bawah pengawasan ibunya meskipun dia kini sudah berusia 26 tahun.
Kata Lisa atau Lalisa Manobal, dia gemar mengenakan bikini ketika mengunjungi pantai, namun tidak berani untuk berkongsi fotonya mengenakan penampilan tersebut.
“Saya suka pergi ke pantai dan saya suka memakai bikini. Tetapi saya tidak boleh memuat naik gambar itu,” katanya menerusi video di Twitter.
Jelas Lisa, dia bimbang dimarahi oleh ibunya sekiranya dia berkongsi gambar berbikini di media sosial.
“Saya malu dan saya rasa ibu saya akan memarahi saya,” katanya lagi.
Lisa berkongsi perkara itu ketika menghadiri perjumpaan bersama peminatnya di Thailand.
Sumber: Twitter
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini
I would love to receive more updates from CatsFM !