WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

JIMIN CIPTA REKOD ARTIS KPOP TERPANTAS CAPAI 1 BILLION ‘STREAMING’

Jimin Raih Rekod Satu Billion Melalui Spotify - Sumber Foto AFP


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Jimin iaitu ahli kumpulan popular BTS, diiktiraf oleh  Guinness World records (GWR) sebagai artis solo K-pop lelaki terpantas meraih rekod satu billion ‘streaming’ melalui platform muzik, Spotify.

Menurut portal muzik K-pop Soompi, Jimin, 27, mencapai rekod satu bilion ‘streaming’ di Spotify, dalam tempoh 393 hari. 

Rekod ‘streaming’ tertinggi dipegang oleh seorang lagi ahli BTS iaitu, Jungkook yang mencapai lebih satu bilion ‘streaming’ dalam tempoh 409 hari. 

Agensi melaporkan rekod ‘streaming’ itu diperoleh kebanyakannya daripada album solo pertamanya Face, iaitu merangkumi rangkaian lagu seperti Like Crazy, Set Me Free Part 2 dan empat dendangan lain. 

Lagu popular Jimin lain termasuk Vibe berganding dengan Taeyang iaitu ahli Big Bang; With You menampilkan Ha Sung Woon dan Angel Part 1.

Sementara itu, peminat BTS di Asia Tenggara berpeluang menyaksikan seorang lagi ahli kumpulan BTS, Suga beraksi pada konsert secara langsung sempena siri jelajahnya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini