WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

ND LALA HADIR MAJLIS PERTUNANGAN SHILA AMZAH

Majlis Pertunangan Shila Amzah & Ubai Diadakan Dalam Satu Majlis Tertutup - Sumber Foto Mstar


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Majlis pertunangan Shila Amzah, 33 dan pasangannya yang juga pempengaruh media sosial, Ubai MZ, 25, diadakan dalam satu majlis tertutup yang berlangsung semalam turut dihadiri bapanya, Datuk ND Lala.

Kelibat penyanyi dan pelakon veteran itu dapat dilihat menerusi perkongsian foto di Instagram Story anak bongsunya, Syada Amzah yang juga disertai isteri, Datin Fauziah Sarman dengan senyuman ceria bersama seisi keluarga.

Perkongsian foto itu didapati menarik perhatian netizen terutama di TikTok yang gembira melihat pasangan suami isteri berkenaan bersatu kembali.

Rata-rata komen ditulis netizen juga mendoakan yang terbaik untuk ikatan perkahwinan ND Lala dan Fauziah.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini