WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

NELYDIA SENROSE SEDANG HANCUR, BAWA DIRI KE LUAR NEGARA

Nelydia Bercuti Ditemani Adik Lelakinya - Sumber Foto Mstar


Back To Whats Hot

Pelakon popular Nelydia Senrose seolah-olah memberi gambaran yang dia kini berada dalam keadaan yang tidak baik. 

Nelydia atau Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 29 berkongsi menerusi hantaran Instagram story yang dia sedang dalam perjalanan ke sebuah destinasi yang tidak dimaklumkan bagi memperbaiki hatinya yang sedang hancur. 

“Membaiki kepingan hati yang hancur. I’m not okay but it’s okay“, katanya.

Nelydia juga memberitahu bahawa dia ditemani oleh adik lelakinya dan menunjukkan dia sedang berada di dalam pesawat sambil menikmati hidangan dalam penerbangan. 

Untuk rekod, Nelydia mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan iaitu Mohd Hafez Halimi pada 6 April 2019, namun mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Mstar

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini