WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN REMAN YOO AH IN

Yoo Ah In Dibaling Peminat Air Kopi - Sumber Foto Mstar


Back To Whats Hot

Pelakon Yoo Ah In diserang peminat susulan Mahkamah Seoul menolak permohonan pihak polis bagi menahan reman aktor berkenaan susulan kes penyalahgunaan dadah sedang dihadapinya ketika ini. 

Menurut Allkpop melaporkan seorang peminat turut bertindak berani dengan membaling botol berisi air kopi ketika aktor berkenaan sedang berjalan menuju ke arah keretanya sejurus prosiding selesai. 

Botol yang tidak mempunyai penutup itu terkena pada bahagian belakang aktor berusia 36 tahun menyebabkan sut dipakai Ah In basah. 

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, Ah In dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan peminat itu, namun berlalu pergi selepas dikawal ketat oleh pengawal peribadinya. 

Pada 5 Februari lalu, Ah In ditahan di lapangan terbang atas tuduhan mengambil dadah dan hasil saringan air kencing dan juga ujian makmal mendapati dia mengambil dadah jenis ganja, kokain, ketamin, dan propofol sejak 2021. 

Walaubagaimanapun, Ah In mengaku bahawa dia mengambil bahan terlarang itu bertujuan untuk perubatan kerana mengalami masalah tidur. 

Sumber: Mstar

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini