WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

LIMA BULAN SULAM CINTA, UBAI DAN SHILA AMZAH BERPISAH?

Ada Pula Sangka Ucapan Perpisahan! - Sumber Foto Mstar


Back To Whats Hot

Setelah lima bulan menyulam cinta, penyanyi Shila Amzah menyifatkan kekasihnya, Ubai sebagai seorang jejaka yang sempurna buat dirinya. 

Menurut Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, dia turut memuji Ubai yang telah memberikan kasih sayang terhadap anak lelakinya, Seth Uwais yang kini berusia empat tahun. 

Dalam perkongsian yang dikongsikan Shila Amzah menerusi laman Instagram miliknya, dia memuat naik foto bersama Ubai dengan kapsyen;

“Terima kasih untuk lima bulan yang indah. Awak menjadi pasangan yang sempurna buat saya. Terima kasih kerana telah memberikan kasih saya buat Seth. 

“Saya mengharapkan yang terbaik untuk awak, saya doakan awak dimurahkan rezeki dan semoga awak mendapat segala apa yang awak hajati Ubai. Terima kasih untuk semuanya. Saya akan ingat memori ini sampai bila-bila”, katanya. 

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen tersalah tafsir mesej yang ditinggalkan Shila itu seolah-olah mereka berpisah secara baik dan penyanyi itu meluahkan kata-kata terakhir buat Ubai. 

Sumber: Mstar

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini