WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

SYAMSUL YUSOF TAK HADIR

Mahkamah Bantah Permohonan Nak Lanjut Perintah Injuksi - Sumber Foto Oh Bulan


Back To Whats Hot

Permohonan pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof untuk melanjutkan perintah injuksi yang diperoleh isterinya, Puteri Sarah Liyana ditolak pihak mahkamah.

Menurut peguam yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah menolak permohonan Syamsul yang memohon agar perintah injuksi ke atas Puteri Sarah dilanjutkan.

Dalam pada itu, Akberdin turut mendedahkan bahawa tuntutan mahkamah sivil yang dibuat anak guamnya, Puteri Sarah terhadap Ira Kazar akan tetap diteruskan.

Sekadar info, Syamsul memfailkan perintah injuksi terhadap Puteri Sarah untuk menghalangnya daripada mengeluarkan atau memberikan sebarang kenyataan di luar mahkamah pada 28 April lalu.

Untuk rekod, kes perceraian pasangan itu masih berjalan di Mahkamah Syariah Rendah Wilayah Perseketuan berikutan pada 18 April lalu Puteri Sarah enggan menarik semula saman terhadap Ira Kazar, manakala pengarah tersebut juga meminta pengurangan bayaran nafkah anak-anak.

Pergolakan rumah tangga mereka bermula selepas kehadiran pihak ketiga iaitu Ira Kazar juga anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi. Susulan itu, Puteri Sarah nekad memfailkan tuntutan cerai selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, awal tahun ini.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Oh Bulan

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini