• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

BAPA AMAR BAHARIN MENINGGAL DUNIA

Punca Kematian Bapanya Tidak Dinyatakan - Sumber Foto Mstar


Back To Whats Hot

Bapa kepada pelakon Amar Baharin iaitu Mohd Baharin Amir meninggal dunia pada pagi Khamis. 

Amar, 38, memaklumkan pemergian bapanya menerusi Instagram miliknya, namun tidak dinyatakan punca kematian bapanya dan juga turut memohon semua yang mengenali bapanya agar mengampunkan segala dosanya. 

Perkongsian yang dikongsikan melalui Instagramnya “ Assalamualaikum. Saya Amar ingin memaklumkan pada semua yang mengenali ayah saya Mohd Baharin Amir, ayah saya telah meninggal dunia. 

“Mohon doakan arwah semoga Allah ampunkan segala dosa-dosanya dan andai ada dosa arwah sesama kalian, mohon diampunkan sepanjang arwah hidup di dunia ini. 

“Dan andai ada kata ada pahala dari bacaan ayat-ayat suci Al-Quran anda semua, mohon disedekahkan kepada arwah,” katanya. 

Amar memaklumkan jenazah akan dibawa ke Masjid Sungai Sekamat Kajang untuk diuruskan sekitar pukul 9 pagi sebelum dikebumikan. 

Sumber: Mstar

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini