WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

TEASER MUZIK VIDEO RAYA ALIFF SYUKRI JADI KRITIKAN NETIZEN

Mendakwa dirinya sebagai penyanyi nombor satu negara - Sumber Foto Lobak Merah


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR - Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri sekali lagi menerima kecaman netizen apabila tampil dengan teaser video lagu raya terbaru yang dimuat naik melalui Instagram.

Mendakwa dirinya sebagai penyanyi nombor satu negara, memaklumkan muzik video penuh akan dilancarkan tidak lama lagi yang berjudul Cak Cun Cak Raya agar memberi sinar kebahagiaan kepada semua orang yang menyambut perayaan Aidilfitri.

Walaupun baru sahaja memuat naik teaser muzik video tersebut beberapa saat, Aliff Syukri menerima perhatian ramai termasuk pengaruh media sosial, pereka fesyen dan rakan artis yang lain.

Video yang menaikkan kemarahan netizen adalah di mana, Aliff Syukri sedang menyanyi dengan beberapa penari lelaki di belakangnya dengan memakai pakaian ala-ala pakaian renang dan bersamping.

Rata-rata netizen meninggalkan rasa kecewa terhadap Aliff Syukri yang seakan-akan cuba memburukkan pakaian tradisional baju Melayu. Selain itu, ada yang menganggap bahawa Aliff sekali lagi cuba mencabar pihak berkuasa.

Terdahulu, usahawan kosmetik itu pernah dihubungi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) berhubung klip video muzik sempena Aidilfitri pada tahun lepas apabila memaparkan sekumpulan lelaki bersolek dan berperwatakan lembut yang dianggap tidak sesuai untuk tontonan masyarakat.

Sumber: Says

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini