WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

4 BERADIK MAUT, TIADA KESAN TERBAKAR PADA WAJAH

Wajah empat beradik yang maut dalam kebakaran kediaman mereka di Kampung Sabak, Awor, Muar - Sumber Foto Berita Harian


Back To Whats Hot

MUAR - Wajah empat beradik yang maut dalam kebakaran kediaman mereka di Kampung Sabak, Awor, Muar ditemui dalam keadaan bersih tanpa kesan terbakar.

Pendakwah terkenal, Ebit Liew menghadiri pengebumian jenazah empat beradik dan mendedahkan perkara tersebut melalui akaun media sosial.

“Adik kecil Puteri Aisyah, 8, Mohd Hakim, 6, Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3. Kecil-kecil semuanya. Melihat wajah bersih cantik semuanya.

“Saya lihat wajah anak-anak semua comel bersih. Tidak terbakar. Ada calar-calar pun sikit-sikit. Empat beradik dijumpai di bilik air. Mungkin lemas asap dan haba panas,” katanya.

Jenazah empat beradik selamat dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira 8.15 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, Muar.

Menurut Ebit Lew, beliau menangis dan sebak melihat tangisan ibu bapa mangsa sepanjang urusan pengurusan jenazah. Mereka adalah dari keluarga susah sehingga tidak mempunyai barangan elektrik dan televisyen.

“Ibunya keluar lima minit membeli barang bergesa balik lihat dah jadi begitu. Ya Allah Tuhanku sedihnya dengar," katanya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini