• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

APPLE LANCARKAN SERVIS "BUY NOW, PAY LATER" DI US

Pengguna boleh mendapatkan pinjaman antara $50 dan $1000 untuk pembelian dalam talian dan aplikasi - Sumber Foto Reuters


Back To Whats Hot

CUPERTINO - Apple Inc lancarkan servis “BUY NOW, PAY LATER” (BNPL), adalah satu langkah yang akan mengancam untuk sektor fintech yang dikuasai oleh firma seperti Affirm Holdings (AFRM.O) dan syarikat pembayaran Sweden Klarna.

Perkhidmatan, Apple Pay Later membolehkan pengguna untuk membahagikan pembelian melalui empat pembayaran yang tersebar selama enam minggu tanpa faedah atau yuran, kata syarikat itu. Ia akan ditawarkan kepada pengguna terpilih dengan pelancaran penuh yang akan diadakan dalam beberapa bulan akan datang.

Pengguna boleh mendapatkan pinjaman antara $50 dan $1000 untuk pembelian dalam talian dan aplikasi melalui iPhone atau iPad yang menerima Apple Pay, menurut syarikat itu.

Ketua analisis kewangan AJ Bell, Danni Hewson berkata “Apple Pay Later akan mengalahkan beberapa pemain lain. Syarikat lain akan melihat pengumuman Apple hari ini kerana ia merupakan syarikat gergasi teknologi yang menarik minat pengguna merata-rata dan akan mengurangkan bahagian pasaran syarikat lain.

“Apple Pay Later juga akan menjadi satu cara yang paling mudah untuk pengguna mendapatkan apa yang mereka mahu, meskipun berlakunya inflasi”, katanya.

Apple Pay Later akan membolehkan pengguna menggunakan program melalui ansuran Mastercard, kata syarikat itu. Tambahan pula Goldman Sachs adalah pengeluar kelayakan pembayaran Mastercard.

Sumber: Reuters

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini