WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

KUBAH MASJID RUNTUH, 12 ORANG CEDERA

Masjid yang dibina pada 1993 di daerah Ujung Tanah, Makassar dilaporkan runtuh


Back To Whats Hot

JAKARTA - Sebahagian kubah masjid di Sulawesi Selatan, Indonesia runtuh dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang para jemaah cedera.

Masjid yang dibina pada 1993 di daerah Ujung Tanah, Makassar dilaporkan runtuh ketika ratusan para jemaah tarawih termasuk kanak-kanak yang berkumpul bagi menunaikan solat Tarawih.

Mangsa yang cedera kemudiannya dibawa ke hospital tentera, pusat kesihatan masyrakat Pattingalloang dan Hospital Akademis Jaury, kata Datuk Bandar Makassar, Danny Pomanto.

Danny Pomanto juga mengarahkan penutupan sementara masjid bagi menjalankan tujuan sisatan dengan kerjasama jabatan kerja awam bandar bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini