WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

AIR BALANG 6 DARA, SUMBER TAMBAHAN

Enam sahabat berpakat untuk menjual air balang di Jalan Pangkalan Chepa


Back To Whats Hot

KOTA BHARU - Enam sahabat berpakat untuk menjual air balang di Jalan Pangkalan Chepa, bermula 1 Ramadan bagi mencari pendapatan tambahan.

Nur Ain Sebaweh, 22; Noor Ain Syahira Mohd Yusoff, 26; Nor Fatihah Ismail, 27; Nur Ain Abdul Manaf, 28; Syarifah Nur Syahirah Syed Sabri, 30, dan Syamsherra Mat Nasir, 34, menyahut cabaran untuk berniaga.

Meskipun masing-masing sudah mempunyai pekerjaan dengan lima daripadanya merupakan perunding kewangan dan seorang wartawan, mereka bercadang untuk menambah pendapatan tambahan memandangkan kos sara hidup yang meningkat.

Nur Ain berkata, "Nama air balang enam dara tercetus memandangkan kami mahu menjual sebanyak enam balang. Disebabkan lima daripada kami belum berkahwin, kami namakan sebagai air balang enam dara.

"Alhamdulillah walaupun ini pengalaman pertama kami, ianya berjalan lancar dan lebih mudah apabila waktu kerja kami agak fleksibel dan mana-mana yang berkelapangan akan turun ke lapangan terlebih dahulu," katanya ketika ditemui di sini.

Walaupun tiada pengalaman berniaga, gerai mereka menjadi perhatian pengunjung, dengan setiap pembelian tiga air akan mendapat air percuma dan harga setiap satu plastik air yang dijual adalah RM 5.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini