WHAT'S NEXT

CATS UJUNG MINGGU

01.00pm - 04.00pm

DEMI KONSERT, RADHI OAG PINJAM 'AH LONG' RM50,000

Radhi mengaku kebanyakan tiket konsert meraikan ulang tahun ke-30 OAG di Shah Alam, akhir tahun lalu, diberi percuma


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR- Demi merealisasikan KONSERT OAG 30 Tahun Generasiku, pada Disember tahun lalu di Stadium Malawati, Shah Alam, vokalis kumpulan OAG, Radhi mendedahkan terpaksa meminjam RM 50,000 daripada ah long berikutan masalah bajet.

Radhi atau nama sebenar, Muhammad Radhi Razali, 46, sedar itu bukanlah keputusan yang baik, malahan tindakan itu dilakukan selepas berdepan situasi yang terdesak pada hari kejadian untuk membina set di pentas dan persiapan lain konsert.

"Pada jam 3 petang, hari konsert itu berlangsung pentas belum siap kerana kami tiada duit. Jadi, kami ambil keputusan pinjam daripada ah long walaupun tahu ia bukanlah idea baik.

"Kami terpaksa pinjam ah long kerana mahu teruskan konsert. Pada hari itu juga, ah long datang dari Pulau Pinang dan bawa wang sebanyak RM50,000”, katanya.

Disebabkan masa yang agak terhad, mereka berdepan dengan pelbagai masalah seperti masalah penganjuran dan masalah tiket, kebanyakkan tiket konsert juga terpaksa diberikan secara percuma.

Katanya, “disebabkan peminat, kami teruskannya, ramai ingat tiket itu habis terjual tetapi sebaliknya”.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini