• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

JONATHAN MAJORS, BINTANG MCU DITAHAN POLIS

Seorang wanita berusia 30 tahun mengalami kecederaan ringan di kepala dan lehernya


Back To Whats Hot

NEW YORK - Pelakon filem Ant-Man & The Wasp: Quantumania dan Creed III, Jonathan Majors dilaporkan telah ditahan polis atas tuduhan serangan dan gangguan selepas satu panggilan kecemasan diterima di talian 911 pada Sabtu, jam 11:00 pagi waktu tempatan.

Seorang wanita berusia 30 tahun mengalami kecederaan ringan di kepala dan lehernya dan dibawa ke hospital dalam keadaan stabil bagi mendapatkan rawatan lanjut, kata Jabatan Polis New York.

Majors, 33 hadir di mahkamah untuk perbicaraan pada hari Sabtu dan dibebaskan tanpa ikat jamin. Jurucakap kepada Majors telah menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa “Major tidak melakukan sebarang kesalahan dan berharap untuk membersihkan namanya”.

Dakwaan yang dikenakan terhadap Majors termasuk mencekik, serangan dan gangguan. Sumber turut menyatakan mangsa yang dimaksudkan adalah teman wanita Majors, lapor portal TMZ.

Sumber: Free Malaysia Today

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini