WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

SARAWAK CADANG BINA 'PUSAT PERUBAHAN IKLIM' SENDIRI

Premier Sarawak memberitahu, kerajaan negeri pada masa ini sedang mempertingkatkan rangka kerja undang-undang bagi tujuan itu


Back To Whats Hot

KUCHING -- Sarawak bercadang akan membina Pusat Perubahan Iklim sendiri dalam usaha mengurus semua pembangunan berkaitan perdagangan dan penyimpanan karbon bagi mengurangkan kesan perubahan iklim dan pemanasan global.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pusat ini juga berperanan mengurus pembangunan lain terutama melibatkan sektor ekonomi di negeri ini, selain bekerjasama dengan pihak berkepentingan diperingkat global ke arah kelestarian alam sekitar.

Premier Sarawak memberitahu, kerajaan negeri pada masa ini sedang mempertingkatkan rangka kerja undang-undang bagi tujuan itu.

Jelasnya, Sarawak merupakan negeri pertama di Malaysia yang menggubal undang-undang iaitu Ordinan Hutan Negeri 2015 dan Kanun Tanah Negeri bagi membenarkan aktiviti perniagaan teroka karbon dan alam semula jadi.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media selepas Majlis Perasmian Persidangan Karbon Asia 2023 (ACC) yang julung kali diadakan di Sarawak, hari ini.

Setakat ini lima buah negara Asia termasuk Korea Selatan bekerjasama dengan Sarawak dalam perdagangan dan penyimpanan karbon terutama melibatkan karbon kredit.

Abang Johari mendedahkan ada beberapa negara di rantau Asia turut menyatakan minat untuk bekerjasama dalam karbon kredit kerana Sarawak dilihat berpotensi besar dalam penyimpanan dan perdagangan karbon diperingkat antarabangsa.

#BilikBeritaCATS