WHAT'S NEXT

CATS UJUNG MINGGU

01.00pm - 04.00pm

LELAKI KAHWIN 26 KALI HANYA MAHU ANAK

Lelaki ini menyuarakan hasrat mahu berkahwin sebanyak 100 kali. - Twitter


Back To Whats Hot

KARACHI – Seorang lelaki Pakistan yang sudah mendirikan rumah tangga berpuluh-puluh kali melahirkan hasratnya untuk berkahwin sehingga 100 kali, lapor laman berita Times Now.

Lelaki berusia 60 tahun itu sebelum ini telah berkahwin 26 kali tetapi bercerai dengan 22 wanita.

Satu rakaman video tular menunjukkan dia membuat pengakuan tersebut ketika duduk bersama empat orang isterinya dengan salah seorang daripadanya berusia 19 tahun.

Lelaki yang namanya tidak didedahkan itu berkata, dia berkahwin kerana mahukan cahaya mata daripada isteri-isterinya namun, bertindak menceraikan wanita-wanita berkenaan selepas anak itu dilahirkan.

Lebih mengejutkan adalah wanita yang dikahwininya itu mengetahui lelaki tersebut akan menceraikan mereka selepas melahirkan anaknya.

Lelaki berkenaan bagaimanapun menyatakan bahawa dia tetap membantu bekas-bekas isterinya dari segi kewangan.

“Dia ialah ‘raja’ perkahwinan kontrak,” kata seorang pengguna media sosial.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini