• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

MESIN VAKUM 'GLUTTON LITTER PICKER' MUDAHKAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DI BANDARAYA KUCHING

DBKU akan memastikan mesin tersebut mahupun tenaga kerja yang akan diletakkan di kawasan prasarana awam


Back To Whats Hot

KUCHING -- Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hari ini memperkenalkan mesin vakum dikenali "Glutton Litter Picker" untuk mempertingkatkan kerja-kerja pembersihan di prasarana-prasarana awam di bandaraya ini khususnya di Tebingan Sungai Sarawak (Waterfront).

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Abdul Rahman Junaidi berkata mesin ini juga mampu menggantikan 3 hingga 5 orang pekerja yang sebelum ini menggunakan kaedah manual.

Tegasnya, DBKU akan memastikan mesin tersebut mahupun tenaga kerja yang akan diletakkan di kawasan prasarana awam dapat memberi impak yang maksima.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Mesin Glutton Litter Picker di GoDown Amphitheater Kuching Waterfront, hari ini.

Turut hadir sama, Pengarah DBKU Mohamed Khaidir Abang dan Pengurus Pemasaran dan Penasihat Duroman (M) Sdn Bhd, Kapten (Bersara) Azman Shah Sulaiman.

Mesin vakum mesra alam terbaru ciptaan Duroman (M) Sdn Bhd itu merupakan inovasi terkini dalam memudahkan kerja-kerja pembersihan di persekitaran Bandaraya Kuching.

#BilikBeritaCATS #catsfm

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini