WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

TANGGUH KAHWIN KERANA BINA RUMAH PERLINDUNGAN KUCING

Do Duong Truc Lam dan Ngo Dinh Van Khanh memelihara lebih 100 ekor kucing di bandar raya Ho Chi Minh - VNEXPRESS


Back To Whats Hot

HANOI - Sepasang kekasih menangguhkan perkahwinan mereka semata-mata mahu menggunakan wang simpanan yang ada untuk membina rumah perlindungan kucing, lapor portal berita VNEXPRESS semalam.

Pasangan muda itu telah meminta kebenaran ibu bapa masing-masing untuk menangguhkan perkahwinan supaya mereka boleh menggunakan wang simpanan menyewa sebidang tanah seluas 1,500 meter persegi untuk membina rumah yang lebih sesuai untuk kucing peliharaan.

Mereka membelanjakan 500 juta dong (RM92,143) untuk kos pembinaan rumah tersebut.

Do Duong Truc Lam dan kekasihnya, Ngo Dinh Van Khanh memelihara lebih 100 ekor kucing terbiar di tempat perlindungan haiwan tersebut di Bandar Raya Ho Chi Minh sejak 1 Februari lalu.

Semuanya bermula apabila Khanh dan Lam pulang lewat malam pada 2019 dan terserempak dengan empat ekor kucing terbiar berhampiran sebuah kuil di Daerah Binh Thanh.

Selepas itu mereka mula mengambil kucing jalanan untuk dipelihara dengan menggunakan dana peribadi dan hasil daripada sumbangan orang awam secara online.

Sekiranya keadaan cukup kritikal, Khanh dan Lam akan memanggil doktor haiwan dan membawa haiwan peliharaan itu untuk dirawat walaupun ia boleh menyebabkan mereka mengalami masalah kewangan.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini