WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

CRISTIANO RONALDO MILIKI KERETA BAHARU TERMAHAL DI DUNIA

Ronaldo dikatakan membeli kereta itu pada sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-35. – Getty Sport/Bugatti


Back To Whats Hot

MOLSHEIM, PERANCIS – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo memiliki sebuah kereta baharu paling mahal didunia iaitu Bugatti La Voiture Noire berharga £12 juta (RM63 juta).

Ia merupakan model paling jarang ditemui dan eksklusif antara kesemua model moden Bugatti selain satu-satunya yang pernah dihasilkan.

Bugatti La Voiture Noire ketika diperkenalkan pada 2019 merupakan kereta baharu paling mahal pada masa itu,  namun kedudukan tersebut kemudian dirampas oleh jenama Rolls-Royce Boat Tail pada 2021.

“La Voiture Noire merupakan penghormatan kepada sejarah Bugatti sendiri, manifesto estetika jenama ini dan dianggap ‘haute couture’  automotif,” kata syarikat pengeluar kereta jenama tersebut.

‘Supercar’ itu boleh mencapai kelajuan 95 kilometer sejam dalam masa hanya tiga saat.

Badan gentian karbon kereta itu diperbuat dengan berhati-hati menggunakan tangan, di mana ia mudah dilihat daripada cara bahan bergabung menjadi sempurna.

Ronaldo dikatakan membeli kereta itu pada sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-35.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini