WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

JURURAWAT 'HERO' DI MATA SEMUA

Tindakan dua jururawat di sebuah hospital di Bandar Gaziantep, Turkiye


Back To Whats Hot

GAZIANTEP – Menurut akhbar Metro UK, tindakan dua jururawat di sebuah hospital di Bandar Gaziantep, Turkiye, mendahului keselamatan bayi yang berada di unit penjagaan rapi (ICU) dari nyawa mereka sendiri, meraih pujian dari netizen dan menggangap mereka seperti ‘adiwira’.

Pada awalnya, sumber dari salah satu video yang tular di media sosial, wad yang dipenuhi dengan mesin inkubator tersebut terlihat seperti kosong dan tiada staf yang bertugas.

Akan tetapi, tindakan pantas dua jururawat yang dikenali sebagai, Delvet Nizam dan Gazwl Caliskan muncul lalu memegang teguh inkubator tersebut sehingga berjaya menahan sehingga gegaran berhenti sekaligus menghalang bayi-bayi tersebut sehingga jatuh.

Fatma Sahnin, ahli politik Turkiye, mengongsikan video rakaman CCTV tersebut di media sosial. ‘Anggota perubatan kita adalah individu yang hebat’ - ujar beliau.

Lebih 33,000 orang terkorban di Turkiye dan Syria setakat ini dalam gempa bumi kuat yang berpusat di Kahramanmaras pada Isnin minggu lalu.

Sumber: Metro UK

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini